Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

25.8.10

CINtA: Nafsu pintu iman?

Tema Cinta sememangnya tema yang laris didagangkan didalam mana-mana produk baik dari penulisan, komposisi musik maupun filem. Namun intepretasi seorang karyawan dalam mempersembahkan tema ini berbeza-beza selari dengan apa yang seorang karyawan mahu audien mereka rasa.

Lambakan filem-filem yang menjadikan cinta sebagai tema utama dalam penceritaan mungkin kadang merimaskan namun harus kita sedar bahawa ini adalah satu tema yang universal dan utuh untuk dipersembahkan sejak mula manusia bekarya.


CINtA adalah satu filem pendek arahan Steven Facius yang baru sahaja tamat pengajian di Jakarta institute of Art dan karyanya ini adalah projek akhir tahun graduasi. Cinematografi filem ini memang baik disamping warna gambar yang merefleksikan elemen ikhlas dalam menyampaikan karya. Mungkin pembaca terpinga dan rasa seakan pernah menonton filem ini dek kerana terdapat beberapa filem keluaran Malaysia dan Indonesia yang menggunakan tajuk yang sama. Namun karya Steven Facius ini bukan seperti kisah cinta yang lain yang sarat memainkan emosi penonton yang fokus semata-mata pada hubungan antara sang teruna dan dara (Yang berakhir dengan pasangan berjaya melalui lautan duka lara dengan cinta mereka)

26.5.10

Bollywood: Panduan untuk hidup dalam kisah cinta agung

Menyoroti kembali zaman kanak-kanak aku, tampak warna-warna yang boleh aku kenal pasti sebagai 'distinct' yang membentuk paling kurang tidak aku yang sekarang. Aku dibesarkan dengan menonton pelbagai jenis hiburan yang terhidang di peti televisyen. Ada yang membina, ada yang entah apa-apa. Menonton seleksi kartun Disney dan rancangan siri Sesame Street paling tidak memberi gambaran akan pelbagai perkara yang kebanyakan menunjukkan moral itu bagaimana.