Ini kisah seorang Mat Jenin yang tiada pernah berhenti untuk berangan-angan, bermimpi. Orang kata dia ini hampir gila. Masakan tidak, untuk mengeluarkan sejumlah wang yang besar hanya untuk menatap dua insan memukul balas sebiji bola kuning di tengah arena biru, bagi kebanyakan tiada langsung tampak berbaloi.
Suatu hari, datang dua orang insan dari teluk Altona. Seorang tampak sibuk, bekerjaya. Tugas menghantar watikah menjadi sumber pendapatannya. Dan yang lagi seorang sibuk mengelola pelbagai persatuan. Orang kata beliau sangat berpengaruh di negeri ini. Berkatalah salah seorang dari mereka.
"Hai Jenin, kau tak mahu segak berbaju Melayu di kalangan lautan manusia hari itu nanti"
"Gila apa, aku masih waras lagi"
"Ini bukan kerja gila hai Jenin. Maharaja Najib telah pun sibuk mewarwarkan projek 1malaysia malah Maharaja sebelum ini selalu menggunakan slogan Malaysia Boleh, apa kamu tak mahu menyahut seruan maharaja?"
"Ini peluang hai Jenin untuk kamu dikenali di pentas dunia, silap hari bulan namamu akan mahsyur di pentas dunia"
Mat Jenin pulang berfikir dalam akan cadangan itu dan akhirnya nekad untuk berbaju Melayu di temasya itu.
Berangkat lah Si Jenin ke gelanggang beradu Rod Laver Arena sambil segak berbaju melayu. Namun songkok tiadalah dapat dia temui malah kalau ikutkan hati mahu sahaja dia ke Melaka menempa Keris untuk di bawa bersama

"Tanah Malaysia?"
"Ia pak"
"Ada apa gerangan berpakaian segak? Ada keraian?"
"Tiada keraian cuma mahu berbangga dengan baju ini di negara orang", malu Si

Petarungan antara Gladiator Federer dan Gladiator Murray berlangsung dengan gah. Pembukaan diserikan dengan alunan musik oleh kugiran Jersey Boys amat meruntun jiwa. Setiap lontaran suara memukau hadirin hanyut dalam khayalan.
Ada bisik-bisik mengatakan si jaguh Federer akan tewas kepada anak muda Murray, namun pengalaman mengatasi segalanya. Gladiator Federer mudah mengetepikan Gladiator Murray walaupun di akhir set Murray agak degil untuk dijinakkan.
Penonton bersorak puas. Si Jenin takjub dengan disiplin penonton yang senyap bilamana permainan berlangsung. Kalau ada pun yang bersuara ketika permainan berlangsung akan diherdik sehingga dia tiada berani bersuara. Ini yang anak Malaysia perlukan menurut hemat Si Jenin, disiplin.
Gembiralah Gladiator Faderer membawa pulang kemenangan ke-16 di arena Grand Slam. Tepukan gemuruh penonton memenuhi setiap ruang arena.

Si Jenin menyangkakan dengan berpakaian Baju Melayu namanya akan masyhur namun ternyata jangkaannya me

"Hai Ali Baba, Wimbeldon kamu berbaju melayu lah!"
"Challenge accepted", dengat loghat British si Ali Baba.
macam kenal je cerita nih :P
ReplyDeleteapsal muka mat jenin yg ini lagi huduh dari mat jenin yg hamba kenali?
ReplyDeleteDari mana cerita tu Farisa?
ReplyDelete