Selamat tahun baru!
Ok macam ini ceritanya, ASAM akan mengadakan pertandingan mereka kalendar bagi tahun 2010. Jadi, kami mengharapkan kepada bakat-bakat yang berada di luar sana untuk turut serta dan memeriahkan pertandingan ini.
Pemenang akan dipilih melalui undian pembaca blog ini dan kepada mana-mana rekaan kalendar yang berjaya mendapat undian tertinggi, hasil anda akan kami printkan dan jual pada acara ASAM pertama 2010. Sebagai hadiah anda akan menerima 20% daripada keuntungan setiap kalendar yang dijual.
Syarat-syaratnya:
- Anda mestilah menghasilkan rekaan anda pada skala A3(29.7cm X 42cm) (template akan dilampirkan)
- Rekaan grafik haruslah berada diluar kotak-kotak kecil
- File yang dihantar adalah dalam format .psd
- Setiap penyertaan hendaklah beserta dengan contact detais anda. Nama, alamat dan email.
- Setiap seorang boleh menghantar maksimum 2 karya.
- Mestilah mempunyai nama ASAM (Acara Seni Anak Malaysia) pada rekaan anda
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Januari 2010
- Hantarkan karya anda ke [asam.melbourne@gmail.com]
- Undian akan dijalankan dalam jangkamasa dua minggu selepas 26 Januari 2010
- Keputusan akhir adalah muktamad.
UPDATE: Template PSD kalendar boleh dimuatturun di
sini.