Showing posts with label pertandingan. Show all posts
Showing posts with label pertandingan. Show all posts

6.1.10

Pertanding mereka kalendar ASAM 2010

Selamat tahun baru!

Ok macam ini ceritanya, ASAM akan mengadakan pertandingan mereka kalendar bagi tahun 2010. Jadi, kami mengharapkan kepada bakat-bakat yang berada di luar sana untuk turut serta dan memeriahkan pertandingan ini.

Pemenang akan dipilih melalui undian pembaca blog ini dan kepada mana-mana rekaan kalendar yang berjaya mendapat undian tertinggi, hasil anda akan kami printkan dan jual pada acara ASAM pertama 2010. Sebagai hadiah anda akan menerima 20% daripada keuntungan setiap kalendar yang dijual.

Syarat-syaratnya:

  1. Anda mestilah menghasilkan rekaan anda pada skala A3(29.7cm X 42cm) (template akan dilampirkan)
  2. Rekaan grafik haruslah berada diluar kotak-kotak kecil
  3. File yang dihantar adalah dalam format  .psd
  4. Setiap penyertaan hendaklah beserta dengan contact detais anda. Nama, alamat dan email.
  5. Setiap seorang boleh menghantar maksimum 2 karya.
  6. Mestilah mempunyai nama ASAM (Acara Seni Anak Malaysia) pada rekaan anda
  7. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Januari 2010
  8. Hantarkan karya anda ke [asam.melbourne@gmail.com]
  9. Undian akan dijalankan dalam jangkamasa dua minggu selepas 26 Januari 2010
  10. Keputusan akhir adalah muktamad.

UPDATE: Template PSD kalendar boleh dimuatturun di sini.