Kepada pencinta kopi dan apa yang terhasil dari biji kopi, Melbourne adalah tempat yang tepat untuk meraikan kecintaan itu. Berjalan di barisan cafe-cafe ketika pagihari sambil menghirup udara aroma segar kopi dan hasil roti membangkit satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Buat hari ini, mari kita bertandang ke Brown's Bakery Carlton.
Cafe ini terletak di Lygon st. Sebelum anda melangkah masuk, anda dapat melihat interior luaran yang kemas dan simple. Selalunya kebanyakakan Cafe disini begitu.
Di sini anda boleh memilih pelbagai hidangan berasaskan roti. Semua roti-roti ini terpampang di hadapan mata anda sendiri untuk dipilih sebagai santapan. Buat Muslim, hidangan roti yang berasakan daging tidak halal. Namun anda boleh sahaja menikmati roti kosong dan muffin-muffinya. Selalunya saya akan menikmati sarapan saya dengan hidangan Croisant beserta secawan Cappucino. Kopi disini boleh dikatakan antara yang terbaik pernah saya rasa.
Di dinding dalaman Cafe ini banyak dihiasi dengan bingkai-bingkai gambar yang tersusun rapi dan pemilihan warna yang tenang. Hiasan dalamannya tidak sarat, sedap mata memandang. Sedang anda menikmati sarapan anda, telinga anda disuapkan dengan lagu-lagu Jazz, Raggae dan Classic.
Bagi saya tempat ini sangat sesuai untuk menghabiskan masa dengan rakan-rakan ataupun seperti apa yang aku buat, having my time alone enjoying the breakfast with the music on and a good book to read.

No comments:
Post a Comment