Gua baru lepas pegi tgk cerita tu, sekarang masa untuk review atas paksaan dua orang manusia (Bro MLH dan juga Dol Petik Bawang). First gua nak kasi tau, kesalahan pertama yang diorg buat adalah menayangkan filem ini ketika mana filem-filem yang besar seperti Gerhana Baru (New Moon) dan 2012 klua. Memang salah besar.
Secara kesimpulan nya movie ini, mencerita kan tentang seorang manusia yang mempunyai keupayaan untuk mengembara ke masa silam dan masa hadapan tanpa mampu menguasai kuasanya itu., dengan kata lain, beliau akan pergi ke masa hadapan atau pada masa lampau nya dengan tiba-tiba (automatic)
Filem ini dibintangi oleh pelakon Melbourne, Eric Bana sebagai watak utama si pengembara masa dan Rachel McAdams sebagai istrinya.
Tidak dapat dinafikan cerita ini memang menyedihkan tetapi ia lebih sedih apabila dilihat dari kaca mata seorang lelaki.
Bagi gua filem ini cuba menghiraukan perasaan lelaki tersebut namun lebih banyak memikirkan perasaan istrinya. Ini kerana di dalam beberapa cerita tersebut kita dapat lihat bagaimana wanita itu hanya memikirkan tentang dirinya. Contohnya sewaktu lelaki itu mebuat pembedahan vasektomi secara rahsia kerana tidak mahu istrinya keguguran lagi. Bila istrinya diberitahu, beliau bermasam muka dan memarahi suaminya. Bukan setakat itu, istrinya juga berlaku curang dengan melakukan hubungan dengan suaminya yang muncul dari masa lampau!
Kita dapat lihat di sini betapa kejamnya wanita dan bagaimana perasaan lelaki tidak dipedulikan lansung. Direktor filem ini pun nampakya kurang memaparkan perspektif perasaan seorang lelaki yang terpaksa mengembara masa tanpa kerelaannya meninggalkan istri tercinta. Bukan perempuan itu sahaja yang tersiksa kerana penyakit suaminya itu.
Kita dapat lihat di sini betapa kejamnya wanita dan bagaimana perasaan lelaki tidak dipedulikan lansung. Direktor filem ini pun nampakya kurang memaparkan perspektif perasaan seorang lelaki yang terpaksa mengembara masa tanpa kerelaannya meninggalkan istri tercinta. Bukan perempuan itu sahaja yang tersiksa kerana penyakit suaminya itu.
Secara keseluruhannya, cerita ini akan menguji kelakian anda. Gua steady, cool, macho beb. Takkan la nangis kot. Tapi Dol Bawang tu, gua tak tahulah...
Dari 10 bintang, gua bagi 8/10.
Dari 10 bintang, gua bagi 8/10.
No comments:
Post a Comment