21.11.09

Rosin dari kacamata orang biasa

Era 90an, Malaysia digegarkan dengan sentuhan kumpulan-kumpulan vokal yang meruntun jiwa-jiwa yang tenang seperti Innuendo, 4u2c, indigo dan lain-lain (seingat aku la). Aku memang suka kumpulan-kumpulan vokal ni, bukan nak kata suara aku sedap, tapi sebab aku suka keharmonian paduan suara diaorang. Kalau aku yang menyanyi mahu pecah amp, hancur microphone.

Siapa tak suka lagu Ratu Hati nyanyian Innuendo dan the all time favourite, Belaian Jiwa yang sampai sekarang tidak hilang lagi sengatnya (at least for me)


Tapi aku bukan nak fokus pada band-band 90an ni. Aku cuma nak review band Radiostar yang sekarang ni dikenali dengan nama Rosin. Apa rasionalnya aku bagi mukaddimah band-band vokal 90an tu? Sebab lead singer band Rosin ni adalah teraju utama Innuendo iaitu Pot Amir.



Jadi sedikit sebanyak ada terpalit konsep harmoni dalam band ni. Secara keseluruhannya lagu-lagu hasil tangan Rosin ni semuanya boleh dikatakan easy listening. Lirik yang puitis,bersahaja dan ada sedikit percikan Jazz (walaupun aku tak tau jazz tu ape, aku nak gak letak bagi nampak bergaya sikit).

Kalau tak silap band ni dah ada 3 EP. Ketiga-tiga Ep tu semuanya mengandungi lagu yang sama, cuma ditambah lagu dalam setiap EP dan bunyi yang dinaikkan kualiti. Yang terbaru EP diorang ialah BIJAU.

Apa yang membuatkan aku tertarik dengan band diorang ni adalah sebab hasil musik Rosin ni kaya dengan bunyi-bunyian yang harmoni. Suara pot masih lagi se'class' zaman dia muda-muda dengan Innuendo dulu. Bila dengar diorangnya first single (kalau tak silap la) yang bertajuk Pada Senyummu, teringat akan lagu Sunday Morning (Maroon 5). Memang relaks dan tenang.

Aku tak banyak boleh cakap sebab aku bukan banyak sangat ilmu berkenaan muzik. Major aku pun sangatlah jauh dengan muzik. Apa kata korang pergi ke page diorang dan dengar sendiri. Kalau bagi aku (sesuai dengan citarasa aku), aku bagi 4 bintang (5 maksimum)

Bila korang patut dengar lagu diorang:
Bila korang stress, ataupun masa tengah baring dipadang rumput depan City Library masa summer.


Track yang korang patut tersangkut:
Pada Senyummu dan Hanya Milik Dia


asamboy

No comments:

Post a Comment