13.1.10

Cinta itu seni beb!

Selamat!
Maaflah kalau artikel kami sebelum-sebelum ini agak membosankan. Korang tak boleh nak salahkan kami sebab 'that's who we are' erk. Kalau korang rasa korang boleh tambah rencah kami merayu untuk memasinkan, memaniskan atau memasamkan kami.

Haritu aku ada keluar makan dengan seseorang. Obviously bukan perempuan la. Keluar makan dengan En. Editor je pun. Kami berbual, berbual dan berbual sampai stuck dekat satu topik ni yang aku rasa En. Blok 19-21 konfem minat. Topik yang majoriti dikalangan rakan sebaya kami sedang berada dalam.

Cinta dan perhubungan (sounds cheesy err) begitulah ianya berkisar. Kami bersoal jawab dalam pelbagai aspek. Daripada definasi cinta, perhubungan ideal, ciri gadis idaman sehingga ke perkara yang remeh dan kecil seperti akan bagaimana harus gambar kahwin dipotretkan (En Editor merasakan kebanyakan gambar kahwin terlampau idealistik dalam komposisi dan perlu untuk direalitikan pada cara dipotretkannya. Di sini aku bangkang).

Bila berbual fasal topik ini aku terasa tua pulak. Aku pun bukanlah tahu sangat fasal perkara-perkara ni. Cuma buat-buat tahu je.

Bagi aku (buat-buat tahu ni), banyak yang 'terjerumus' dalam perkara ini tenggelam dalam lautan emosi yang membanjiri , sehinggakan tiada langsung pelampong rasional dibawa bersama. Kebanyakan menganggap hubungan dan cinta adalah perkara remeh dan perlu dilayan membuta. Acap apabila gagal dalam perhubungan mereka akan mengganggap biasa dan mampu sembuh dan diganti dengan hubungan baru. Kalau beginilah hubungan yang mudah untuk ditukar ganti, mana keistimewaan dan sucinya hubungan. (Ya, aku menganggap cinta dan hubungan dalah perkara suci)

Ramai yang terjun tanpa ilmu. Try and error menjadi metod pilihan dalam memahami hakikat sebenar hubungan dan cinta. Berapa ramai yang meminta nasihat dan pandangan mereka yang lebih tua dan arif macam ibu dan bapa? Berapa ramai yang sekurang-kurangnya mengutip ilmu dari buku akan apa sebenarnya realiti cinta dan hubungan? Jadi kenapa perlu lalui jalan yang sukar dan menyakitkan sedangkan tersedia banyak sumber yang boleh diambil manfaat.

Cinta itu buta bila tiada akannya ilmu. Sebelum mula melangkah ke 'realm' ini, anda harus tanyakan pada diri, apakah tujuan anda dalam perhubungan ini? Adakah sekadar main-main? Adakah anda sebenar-benarnya mahu menghabiskan hidup anda bersamanya? Ataupun tiada langsung tujuan?

Bilamana sudah disetkan tujuan dan anda melangkah ke alam ini perhubungan anda akan berkembang berdasarkan tujuan asal anda. Jika tujuan anda tidak kukuh, jangan terkejut jika perhubungan anda hanya berkekalan dalam masa yang singkat. Tujuan umpama tiang asas. Jika kukuh, anda mampu survive.

Ya perhubungan dan cinta berbeza pada satu manusia ke satu manusia. Tiada definasi tepat dan kata putus untuk perkara ini. Abstrak. Namun tugas anda untuk memahaminya dan melakarnya dengan menggunakan segala sumber yang boleh diambil manfaat. Jangan sekali berenang ke laut jika tidak ada sedikit pun ilmu renang di dada. Cinta dan hubungan itu suci. Keep it that way.

Ini ada dua buku yang menarik untuk dibaca "How to Love" dan "Essays in Love". Cuti-cuti ni banyak pulak buku macam ni aku baca. Haih.

Aku?Masih penunggu yang setia (En Editor konfem guling-guling gelak bila baca ni). Masa aku menulis artikel ni, aku sedang mendengar lagu Boyz 2 Men, album Motown Hitsville USA. Otai jiwang!

Jadi apa pendapat anda?

5 comments:

  1. Ha. Baca Alain de Botton. Dia tu memang sentimental sikit.

    But though I agree with your opinion that 'cinta itu buta tanpa ilmu', I have to agree with Mr Editor on the perception of marriage (and cue Mr Editor gelak sorang-sorang) - memang sekarang ni orang gila idealistik tentang perkahwinan. Cinta dan perkahwinan tu, walaupun selari, tak sama sebenarnya. Memang satu tu jadi 'fuel' untuk yang satu lagi, tapi perkahwinan itu memerlukan gameplan yang sangatlah lain dari dating-berdating ni.

    Ni theory akulah, tapi aku perasan bebudak Melayu yang sangat idealistik tentang perkahwinan. Aku pun tak sure kenapa. Any thoughts?

    ReplyDelete
  2. Macam Ideal Gas. Secara praktikal mustahil untuk capai state 'Ideal Gas'. Namun manusia dari masa ke masa berkembang dalam memperbaiki cara untuk simulate state tu sehingga kan hampir capai state Ideal Gas.(fizik)

    Rasanya ini kot peri pentingnya being idealistic. For us to work our best to achieve that state eventhough we will never eventually even getting near the ideal state. Tapi sekurang-kurangnya ada kemajuan dalam memperbaharui kehidupan, perkahwinan, cinta dalam mencapai idea tertinggi kita berkenaannya.erk

    ReplyDelete
  3. Hmm. I bet you're one of those dudes who sing, '...But it was just my imaginaaaation - once again - running away with meee...'

    :P

    Ain't no town like Motown.

    ReplyDelete
  4. Ni. A friend posted this, and I thought of this article:

    "Today I believe in the possibility of love; that is why I endeavor to trace its imperfections, its perversions." - Franz Fanon

    ReplyDelete
  5. Mungking penulis adalah seorang yang padanya, cinta hanyalah sekali dan dia masih menunggu.

    ReplyDelete