Bagi yang telah merancang masa sebaiknya untuk menghabiskan masa di Melbourne tika matahari mula rancak memancarkan cahaya, selamatlah dia. Setiap detik di Melbourne akan terisi dengan sesuatu. Summer school mungkin tonik terbaik untuk 'membunuh masa' di samping mungkin meringankan beban anda bilamana semester baru membuka tirai.
Bagi yang sukakan cabaran, mungkin anda boleh berkhemah dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak di kawasan-kawasan yang terkenal dengan keindahan alam di sekitar Victoria. Hiking, Jungle trekking dan aktiviti seumpamanya sangat sesuai untuk dilakukan pada musim ini.
Ataupun, anda boleh menikmati pantai disini sambil menghirup air ais lemon tea. Kalaupun anda mahu mencabar kemampuan diri, tinggalkan shades, seluar tiga suku anda dan sarungkan swimming suit untuk mencuba surfing. Mana tahu sukan ini sesuai dengan jiwa dan sanubari anda. Tapi sekurang-kurangnya, ilmu renang, anda sudah mahir sepenuhnya. Tak mahu pula swimming suit itu sendiri menjadi kain kafan untuk anda.
Bagi yang ingin mencari rezeki lebih, ladang-ladang banyak menawarkan pekerjaan. Selalu yang femes di sini pekerjaan mengutip buah ceri. Mungkin anda pernah mendengar kisah-kisah 'jutawan segera' yang berjaya dilahirkan hasil daripada pekerjaan ini. Saya tidaklah hendak menafikan. Tapi awas pekerjaan ini tidaklah semudah yang didengari. Kalau anda rajin mungkin anda boleh menjadi salah seorang daripada 'jutawan segera' ini. Sebaliknya, bersiap sedia lah untuk menerima sakit-sakit badan dan hasil yang tak seberapa. Apapun, ia kekal menjadi pengalaman yang menarik.
Luangkan masa sejenak di taman-taman sekitar city, parkville dan carlton sambil membaca buku kegemaran anda berlantaikan rumput berbumbungkan langit biru. Atau angkut bersama gitar akustik anda dan jam bersama rakan-rakan lain. Sekali sekala tenangkan minda. Kalau nasib anda baik, mungkin anda dipertemukan dengan soul mate anda disini. uhuk
Bagi yang gila membeli belah, Boxing Day memang dinanti-nantikan. Jadi bersiap-siaplah seawal mungkin untuk memulakan perjuangan anda seharian suntuk membeli barang 'keperluan'. Masa inilah jenama ternama bermurah hati untuk memberikan anda potongan yang lebih daripada 30%. Kalau tak jangan haraplah.
Bila difikirkan kembali, tidak la sehambar mana meluangkan masa di Melbourne di musim panas. Ya, ingatan menghabiskan cuti di tanah air memang sentiasa menjengah namun 'you just have to make the best of it'.
Selamat bercuti.
Selamat bercuti.
Pssst. Australian Open Grand Slam 2010 Januari ni. Sapa nak join? :)
No comments:
Post a Comment