Saya suka Melbourne. Dari hari ke hari ikatan emosi saya dengan bandar penuh warna ini semakin menebal. Rabu lepas, Melbourne sekali lagi memberikan sebab kenapa saya perlu jatuh cinta padanya. Suzuki Night Market ialah 'pasar' yang telah menjadi tradisi Melbourne setiap kali datangnya Musim Panas.
Jangan gambarkan pasar malam Malaysia. Kali pertama saya menjejak kaki ke Suzuki Night Market, terlintas di fikiran UpTown di sekitar lembah Klang. Pelbagai gerai makanan tersedia untuk anda, tiap satunya menambat selera dan unik. Daripada masakan ala India ke Itali,semuanya ada. Bagi Muslim, usah gusar kerana terdapat banyak gerai yang menjual makanan halal.
Terdapat juga gerai-gerai yang menjual cenderamata. Tapi tidak kelihatan gerai-gerai yang menjual barangan 'celup' yang banyak kelihatan di UpTown. Mungkin saya terlepas pandang.
Pengunjung juga boleh menikmati musik live dengan dua pentas tersedia. yang menyajikan bunyi-bunyian yang membuatkan anda mahu menari (saya tak menari, sebab tak pandai. Tapi Tuan Editor nampak macam berbakat [ed: oh tidaaak!]).
Pengunjung tempatan banyak bertandang di Suzuki Night Market untuk berehat dan menikmati masa kualiti bersama sahabat, dan keluarga di samping menikmati makanan dan musik. Bagi saya Suzuki Night Market adalah tempat wajib dikunjungi ketika musim panas. Terletak di Victoria Market, pengunjung tiada masalah untuk pergi ke situ sama ada dengan menaiki Tram, bas ataupun memandu sendiri ke sini.
View Larger Map
19.12.09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment